Latest News

Ya Unais...

Tuesday, March 6, 2007 , Posted by faith at 4:42 PM

[Stakat ni..evening time is the best time for me to post a new posting to 'My Nice Nice Blog' {^_^}...]

Alhamdulillah.. stakat ni diri ku dan family ku chat chat.. (kecuali Ummi batuk-batuk, dahla esok Birthday Ummi..huhu).. Ya Allah, sembuhkanla Ummi cepat..

Tonite I got usrah at Kak Dzilal's house.. together with sis Iman, sis Syakirah, sis Aimi and Kak Dzilal as the Naqibah.. and it is my turn to present on As-Sahibur Rasulullah saw.. ANAS B MALIK AL-ANSHORI...

Baca-baca dah 3 kali ulang dah ... biasa la, bila sampai bab-bab Sirah @Sejarah, memang la lemah.. huhu. UPSRI got B! PMR trial got C! (alhamdulillah, PMR real got A). SPM trial got 4B! (alhamdulillah, SPM real got A1).. asal ntah... dari kecik dulu memang slack Subject nih... dah la hari tu kena present pasal Sejarah Kejatuhan Umat Islam (Risalah Usrah 5-Abu Urwah)... pun tersekat-sekat..waaaa... huhu...

So, i decided to tell a story here based on the Sirah of this Sahabah (aka as Unais....) so that i can easily recall back tonite after I got this type of output..

The story begin...

**********************************************************************************

" Ya ALLAH, kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah dia"
( Doa Rasululllah saw)
Anas telah pun diajar mengucapkan kalimah syahadah oleh ibunya Ghumaisho' ketika beliau masih kanak-kanak. Beliau telah mendengar akan nama Rasulullah saw semenjak beliau kecil lagi. Beliau seringkali kerinduan untuk bertemu dengan Rasulullah saw, ini kerana beliau dan ibunya menetap di Yathrib, jadi peluangnya untuk bertemu kurang. Namun, Anas bercita-cita untuk menjejaki Rasulullah di Makkah atau harapannya agar Rasulullah dapat datang ke Yathrib.
[gayanya ibarat ingin ketemu kekasih idaman hati ngak..]{^_^}
Tiba-tiba...
Yathrib dikejutkan dengan berita bahawa Rasulullah dan Abu Bakr dlm perjalanan ke Yathrib!! Ketika mereka dikejutkan dengan berita itu.. suasana bertukar kepada .. kerinduan memenuhi setiap rumah... kegembiraan mengisi setiap perasaan...Mata mereka masing-masing tertaut ke jalan yang bakal dilalui Rasulullah
[MasyaALLAH, betapa kepinginnya mereka ingin melihat Nabi]{^_^}
Lantaran itu..
Anas pun ternanti-nanti akan kehadiran Rasulullah saw...Setiap kali anak-anak menjerit kegirangan "Muhammad datang! Muhammad datang!" .. Anas akan pergi ke arah mereka dan meninjau-ninjau akan Rasulullah.. Namun, dia kecewa kerana jeritan anak-anak lain hanyalah masih cita-citaan mereka..
Satu pagi...
dalam suasana yang berembun segar dan tenang berseri...kedengaran suara orang berlaung:
"Muhammad dan sahabatnya telah hampir sampai ke Yathrib!
Justeru itu..
semua orang berhimpun ke tempat yang bakal dilalui Rasulullah dan Abu Bakr untuk masuk ke Yathrib.. anak-anak kecil turut menyelinap untuk melihat akan kedatangan Rasulullah saw.. Jelas tampak di wajah mereka raut kegirangan..=)
Rasulullah dan Abu Bakr datang.. mereka tiba menaiki unta yang berjalan di kesesakan orang ramai. Wanita dan anak-anak kecik pula tertinjau-tinjau dari tingkat atas rumah.. Mereka tertanya-tanya:
"Yang mana satu dia.. yang mana satu dia?" (merujuk kepada Rasulullah saw)
Itulah satu hari yang tidak dapat dilupakan. Hinggakan terlekat di fikiran Anas walau usianya 100 tahun. Setelah beberapa ketika Rasulullah saw dan Abu Bakr berada di Yathrib, akhirnya Ghumaisho' bt Milhan datang bertemu baginda as-Rasul membawa bersamanya Anas yang masih kecil. Anas berlari-lari di hadapan Rasulullah saw, rambutnya terjurai di dahi.=)
Ketika hadirnya Ghumaisho' di hadapan Rasulullah saw:
"Assalamualaikum Rasulullah, Wahai Rasulullah.. semua lelaki dan wanita Anshor telah memberi hadiah kepada tuan. Namun, saya tiada apa-apa yang boleh dihadiahkan kecuali anak saya ini. Ambillah dia. Dia akan berkhidmat untuk tuan mengikut apa sahaja yang tuan mahu..."
Rasulullah menyambut anak tersebut dengan tersenyum manis. Baginda mengusap kepala Anas dan menyentuh rambut Anas dgn hujung jari. Rasulullah menjadikan Anas sebahagian dari keluarganya. Ketika itu umurnya 10 tahun. Beliau hidup bersama Rasulullah sehinggalah baginda wafat(10 tahun bersama Nabi).
Ketika 10 tahun kehidupannya bersama Rasulullah saw, di situlah tegukan pertama hidayah yang membersihkan dirinya. Anas peka dengan hadith Rasullah saw sehingga beliau adalah perawi ketiga tebanyak merawikan hadith selepas Abu Hurairah dan Abdullah b Umar.
Anas dilayan seperti anak sendiri oleh Rasulullah saw. Beliau dapat melihat sendiri kehidupan keperibadian agung Rasulullah saw.
Antara katanya:
"Rasulullah saw merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan terlalu penyayang. Suatu hari baginda meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan. Lalu saya pun keluar. Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya saya di pasar. Maka saya tidak pergi ke tempat yang Rasulullah maksudkan. Sesampainya saya ke tempat rakan-rakan saya, saya rasa ada orang berdiri di belakang saya dan dia memegang baju saya. Saya pun berpaling, saya lihat Rasulullah tersenyum seraya berkata : "Wahai Unais, adakah kamu telah pergi ke tempat yang saya suruh tadi?"
Saya rasa bersalah seraya berkata: "Baiklah, saya akan pergi sekarang juga wahai Rasulullah."
Demi ALLAH! saya telah berkhidmat dengan Rasulullah selama 10 tahun. Tidak pernah sekali pun Rasulullah berkata: "Mengapa kamu buat begitu..." jika saya melakukan sesuatu. Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara, baginda juga tidak pernah berkata:"Mengapa kamu tidak lakukannya..."
Panggilan Rasulullah kepada Anas adalah "Unais" atau "Wahai Anakku".
Rasulullah juga pernah berpesan kepada Anas:
"Wahai Anakku, jika kamu mampu pada waktu pagi dan petang untuk tidak berdendam dgn sesiapa, lakukanlah. Wahai anakku, itu merupakan sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia mencintai aku. Sesiapa yang mencintaiku, sesungguhnya dia akan bersamaku di syurga. Wahai anakku, jika kamu pulang bertemu dengan keluargamu, berikanlah salam kepada mereka. Kerana ia akan membawa keberkatan kepadamu juga keluargamu."
Setelah kewafatan Ar-Rasul saw...
Anas hidup lebih 80 tahun selepas kewafatan Rasulullah. Sepanjang itu, beliau memenuhi dada-dada sahabat dan Tabi'in dengan ilmu dan petunjuk dari Rasulullah.Beliau turut menjadi rujukan masyarakat dan mereka memegang pendapat beliau jika buntu terhadap sesuatu perkara. Pada zamannya, ada kelompok yang suka membincangkan tentang adakah kolam Rasulullah pada hari kiamat benar-baner wujud.
[Kolam Rasulullah.. tidak wujud Bro n Sis!]
Kelompok yang suka bincang mengenai hal ini pun bertanyalah pada Anas.
Jawab Anas:
"Saya tidak sangka akan bertemu dengan orang seperti kamu semua yang berdebat tentang kolam itu. Saya telah tinggalkan di belakang saya,wanita-wanita yang lanjut usia. Siapa di kalangan mereka bersembahyang, dia pasti akan memohon agar dikurniakan untuk meneguk air kolam Rasulullah."
Anas b Malik sangat ingat akan kenangan pada hari pertama bertemu akan Rasulullah saw dan hari kewafatan Rasulullah saw. Apabila ingatkan hari pertama, beliau akan merasa amat bahagia. Apabila teringat hari kedua, beliau akan menangis dan orang sekeliling akan menangis.
Kata-kata yang sering diulanginya:
"Sesungguhnya saya telah melihat wajah Rasulullah ketika hari baginda masuk ke Madinah. Saya jua melihat baginda ketika hari beliau diambil dari kami. Pada saya tiada hari yang setanding dengan dua hari tersebut. Pada hari baginda masuk ke Madinah seluruh Madinah bersinar. Manakala pada hari baginda pergi menghadap ilahi, gelap seluruh Madinah."
Kali terakhir saya melihat baginda adalah pada hari Isnin ketika tirai bilik baginda dibuka. Saya lihat wajah baginda seperti helaian kertas mushaf. Ketika itu orang ramai berdiri di belakang Abu Bakr sambil mereka melihat baginda saw.Mereka hampir tidak tentu arah melihat keadaan Rasullah saw. Namun, Abu Bakr mengisyaratkan agar mereka bertenang. Pada lewat hari tersebut, Rasulullah wafat. Kami tidak pernah melihat pemandangan yang lebih pelik pada kami berbanding wajah baginda ketika kami menimbuskan pasir ke atasnya."
Allah telah memakbulkan doa Nabi. Anas merupakan orang Anshar yg paling kaya dan paling zuriat. Anak dan cucu melebihi seratus orang. Umurnya juga hingga 103 tahun. Ketika beliau wafat, beliau meminta tongkat pendek kepunyaan Rasulullah saw dikebumikan bersama.
Anas b Malik juga sangat berharap memperoleh syafaat Rasulullah pada hari kiamat kelak.
Beliau sering berkata:
"Sesungguhnya saya berharap dapat bertemu Rasulullah saw pada hari kiamat. Saya akan katakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah ini khadam kecilmu Unais."
**********************************************************************************
Begitulah kisah Unais...
[Start tulis ni kul 4 ptg lebih.. siap dah nak jam 1 pagi.. huhu. Ada selingan2 actually, chat2 ngan Kak Sarah, Asma, Aisyah, Yaqin, Qiqi, Ainaa. makan malam.. tolong Yaya Nabil homework, tengok ER etc. Tengok2, usrah malam ni pun tangguh malam esok.]
Aku ingin contohi Unais... aku ingin... aku ingin.=)

Currently have 0 comments: