Latest News

Penat nye weekend nih..

Sunday, February 25, 2007 , Posted by faith at 5:48 PM

Nabil Adikku as Ketua Rumah Biru

Nabil.. Kenapa senget bendera tu.. Wafiah pegang sepanduk straight je..=)

Rrrrr Rumble..??

Eceh eceh.. Benih-benih bunga matahari berterbangan.. hihi

Nampak tak adik yang kat tgh tuh.. cam Nabilah je gaya die

Baru je recover dari kepenatan hari Sukan SRAH.. tak kisah la.. bukan pelajar Hidayah dah pun.. join je.. =) Masuk acara bekas pelajar la (Got the 2nd place, nak kata apa.. yg 1st place tu adik2 Form 1 je.. kecik2 lak tuh.. laju je la diorang=), tolong untuk Jumble Sale, duit jualan tu akan dihantar ke Mangsa Banjir Johor since diorang dah terlebih-lebih baju... Ada la tolong ckit2 kat gerai makan Wanita JIM.. tolong tengok dan tolong makan..=) Dah terlebih korum la kawan...Penuh kedai tu ngan makcik2 yang menjualnye je..First time rasa nasi Lamuni makcik Imah masak.. pedas tuh.. pelik la ckit rasa dia... tapi sedap je.

Memang best la.. Sabtu Ahad, dua-dua hari fully kat sekolah. Jumpa ramai sangat adik2 SRAH SMAH. Ada jumpa Keyha, Nida.. Huda Wajihah, Aina (dua adik ni mmg slalu sangat dah jumpa). Jumpa Mardhiah (adik Awin).. Jumpa Muallilmah NurAzlin ( Maksu ke diorang panggil..)


Mh NurAzlin: " Anak Muallimah baru sorang, tapi anak 'segera' ramai la".=),

Mh Zaiton(tak sempat habis sembang), Mh Faridah (rasa cam dua-dua nak cakap, tapi tak tercakap.. Ya Allah, Help My dearie Makcik please), lagi jumpa sape ek.. anak-anak murid masa ngajar SMAH 2 tahun lepas.. ngan ramai lagi.. So Happy!

Masa kat hari Sukan tuh.. sempat merenung dulu masa SRAH baru bertatih.. rumah tu la sekolah. Sekarang.. alhamdulillah.. dah ada SRAHSI (SRAH Sri ISkandar), wut a good perkembangan.. Alhamdulillah=)

Sepanjang dua hari ni.. banyak refresh diri supaya tolong tu dengan niat kerana Allah dan commit dalam buat satu2 kerja.. start from the lowest tahap. InsyaAllah, u'll get the best. Terkebetulan Sabtu semalam, ummi ngan babah baru je balik dari N9... feedback yang dapat balik2 je ummi babah dari N9.


Ummi: "'Iffah, kalau 'Iffah dengar briefing pasal CUCMS tu, seronok sangat. Memang Allah atur ngan makbulkan doa 'Iffah selama ni, even actually diorang akan plan utk buka Medic City. And kat situ, semua rawatan akan diusahakan utk diberi free". (Ummi cakap ni bila malam balik tu jugak).

Babah lak(pagi tu since babah balik2 je terus tidur):
"'Iffah, masa kat N9 tu, ada presentation pasal CUCMS, u'll be happy there (dalam gaya muka yang mmg babah happy sangat 'Iffah masuk situ). Nanti diorang akan buka Medic City.. dalam perancangan la.. dan InsyaAllah akan terjadi, memang pun akan terjadi! (ni babah la cakap). Cukupla pergi situ saje (dalam maksud lain, tak perlu la nak usahakan supaya ke Australia (cakap pasal Aus ni.. Insya Allah, next post akan menerangkan segalanye=).

fikir2 balik.. Allahu Ghayatuna dan Allah Maha Pengatur. Sesungguhnya Hamba Mu ini tidak mengetahui apa yang akan engkau aturkan untukku. Be prepare then 'Iffah! =)


Aku sentiasa berdoa.. Ya Allah, walauapapun dihadapan sana, engkau kuatkan lah diriku dan engkau thabatkan diriku dalam mendekati Mu dan peliharalah diriku agar aku mampu membentuk keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah.

Balik kat cerita pasal weekends nih.. hurm.. penat tapi best! =) Sekarang ni kul dah nak 6.30 ptg Ahad.. dapat la sempat nak tulis blog nih.

Apa yang dah dapat minggu ni:
1. refresh diri selalu 'Iffah; Allah selalu tengok diri mu itu..
2. buat kerja sungguh2 ye..


For next week, my target are:
1. Cepat la ckit baca buku tuh... lembabnye... ewww
2. Settle2 kan amanah mana tak settle lagi yek.. hutang kat Skin pun tak bayar lagi nih.. Amanah tuh..
3, Nak duit RM 5, 000!! Camana nak dapat nih..

ok la,
takat citu dulu.. Insya ALLAH for my next post.. i'll tell about my cerita2 study n plan for my next one
stop centre .. =) adiosss

Currently have 1 comments:

  1. Anonymous says:

    Bawalah dirimu kemana-mana asalkan hati bersama Allah =)