Latest News

Waktu Tidur Ku

Saturday, October 20, 2007 , Posted by faith at 3:50 PM

Terbaca dari blog Ukhti Syakirah Hafsah... Memetik kata-kata Hisyam Saqr dalam bukunya..


"Penuntut ilmu juga semestinya Iklas dan berniat baik dalam menuntut ilmu. Kalau tidak, segala usahanya tidak bermakna bagaikan debu yang berterbangan. Imam Ghazali telah berkata ketika menasihati anak muridnya; "Wahai anak-anakku, berapa banyak malam yang kamu hidupkan dengan mengulangkaji ilmu dan membaca buku. Kamu menghalang dirimu daripada tidur. Aku tidak tahu apakah dorongan yang menyebabkan kemu bertindak demikian? Sekiranya untuk tujuan duniawi, mencari saki bakinya, mendapatkan habuan dunia dan berbangga-bangga terhadap kawan dan taulan, maka celakalah kamu, celakalah kamu. Sekiranya kerana kamu bertujuan untuk menghidupkan syariat Nabi (s.a.w), memperelokkan akhlak kamu, mendidik nafsu yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan, maka beruntunglah kamu, beruntunglah kamu. Benarlah penyair berkata;

Mata yang berjaga kerana selain daripadamu adalah sia-sia,

Tangisan mereka bukan kerana kehilanganmu tidak bermakna.


Allahu Ghayati..

I turn my view 180 degree.. Jazakillaha Khair adik...=)

Currently have 1 comments:

  1. Anonymous says:

    adinda iffah.. baru ketemu blog ini dari blog adinda ammar ;).. ada buku tuhan manusia ek?? nak baca jugak!!! (hajat di hati nak beli, tapi tak kesempatan waktu..huhuhu).. mahu sms adinda tapi kekanda kegeringan kredit :( .. harap dapat bertemu nanti!